Tarikh     : 11 Ogos 2024

Masa      : 8:00 AM - 1:00 PM

Lokasi    : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Pakan

Peserta  : 20 Peserta (4 Kumpulan Yang Mengikuti Pertandingan Tersebut, )

Nama Program : Pertandingan E- Sukan Peringkat Dalaman NADI (Mobile Legend) 

TUJUAN :

1. Memupuk Bakat Baru dalam Industri E-Sukan:Pertandingan ini berfungsi sebagai platform untuk mengenal pasti dan memupuk bakat baru dalam industri e-sukan, membantu mereka mengejar kerjaya sebagai pemain profesional atau peranan lain dalam industri.

2. Pertandingan ini membawa golongan muda bersama dalam komuniti permainan yang aktif, di mana mereka boleh bertukar-tukar idea, strategi, dan pengalaman, sambil memperluaskan rangkaian sosial mereka

3. Mempromosi NADI ke semua lapisan masyarakat & menambah keahlian NADI

4. Melibatkan komuniti setempat secara langsung untuk memberi tumpuan menyebarkan ilmu literasi computer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital.

AKTIVITI :

1 Mobile Legends memerlukan pemain untuk berfikir secara strategik, merancang serangan, pertahanan, dan mengatur langkah seterusnya. Ini mengasah kemahiran berfikir dan membuat keputusan dalam situasi yang cepat

2. Permainan ini memerlukan penyelarasan yang baik antara ahli pasukan. Pemain belajar berkomunikasi dengan berkesan, bekerja sebagai satu unit, dan saling membantu untuk mencapai objektif

3. E-sukan melibatkan penggunaan teknologi dan peranti moden. Golongan muda boleh belajar dan memahami aspek teknikal, termasuk strategi digital dan analisis permainan

4. Pertandingan e-sukan Mobile Legends menyediakan platform untuk golongan muda bertanding secara sihat dalam sukan digital, sambil mengasah kemahiran permainan mereka.

Gambar Disini