PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)  Pekan Pakan, Sarawak mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. NADI Pekan Pakan merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM BHD) dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Pakan mengadakan Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016. Di jemput remaja yang berumur 13 - 24 tahun menyertai pertandingan ini.

 

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi NADIt berhampiran anda atau layari :
http://www.infosihat.gov.my/…/pengumuman/pertandingan_video