Belia Harapan Bangsa

Aktiviti yang biasa dilakukan oleh golongan belia di kawasan Pekan Pakan ini pada masa lapang adalah seperti bermain badminton, sepak takraw, futsal dan sebagainya. Biasanya mereka akan bermain pada waktu petang. Pengelibatan golongan belia dalam aktiviti bersukan ini secara tidak langsung akan dapat mengelakan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pertandingan selalunya akan diadakan bersempena dengan Pesta Pakan yang berlangsung setiap tahun.