Daerah Pakan yang mempunyai keluasan kawasan kira-kira sebanyak 924.6 km persegi dinaik taraf untuk menjadi daerah penuh pada 1hb Mac 2002, setelah menjadi daerah kecil sejak tahun 1973 dalam kawasan pentadbiran Daerah Julau, Sarikei. Pekan Pakan boleh dihubungi melalui jalan darat yang kira-kira lebih kurang sejauh 45 km dari bandar Sarikei. 
Sejak tahun 1973, Pejabat Daerah Kecil Pakan adalah di bawah pentadbiran Daerah Julau, Sarikei. Ia dinaik taraf untuk menjadi Daerah penuh pada 1hb March 2002. Daerah Pakan mempunyai keluasan kawasan sebanyak 924.6 km persegi yang boleh dihubungi melalui jalan darat.
 
Pakan Mendapat Nama
 
 
Pakan dipercayai mendapat nama dari sejenis buah yang banyak terdapat di daerah ini dan sangat popular dalam kalangan penduduknya. Buah tersebut menyerupai buah durian. Replika buah pakan telah dibina di persimpangan Jalan Entabai dan boleh dilihat sebaik saja memasuki pekan Pakan.
 
Pengangkutan utama di Pakan
 
Jalan raya
 
 
 
Jalan raya ini menghubungkan penduduk dari satu tempat ke tempat bagi memudahkan pergerakan mereka. Secara tidak langsung, ini menunjukkan Pekan Pakan sudah mula berkembang. Di sinilah, semua penduduk berkumpul bagi menjalankan aktiviti jual beli. Ia dapat memudahkan penduduk ke pasar Pakan dan ke bandar Sarikei untuk mendapatkan bekalan harian. Jarak pekan Pakan ke bandar Sarikei hanyalah mengambil masa selama 45 minit sahaja.